Thursday, December 16, 2004

Edisi Lawak: Menantu oh menantu

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul-betul 'menghabiskan borehhh...'

Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tengahari.
Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik.

Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja... melantak kuat pulak tu... Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat.. "Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat... "Boleh juga..." kata Samat tanpa mengesyaki sesuatu.

Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi... "Eh ko ni Samat... kuat betul makan laa... agak-agak laa..." katanya tersenyum.. "Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan.." fikirnya dalam hati... tapi tak apa... Mereka bermain set kedua... bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit... Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini...) kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji... Apa lagi.... "Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?" Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena....

Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat Mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum sampai seru... katanya laa...

Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk kebaikan

copy and paste dr email

Edisi Lawak: Suami Isteri Jgn Tak Bertegur Sapa

Terjadi satu hari sepasang suami isteri ni berselisih faham...dan tak bertegur sapa.. Si suami ni nak bangun pagi pada esoknya..tak tahu macam mana nak bagitahu isteri supaya kejutkan dia pada pagi esoknya.. Si suami ni dapat idea..lalu dia tulis satu nota

"KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK"

Esoknya si suami ni terlewat bangun... dia nak marah pun ada ... nak ketawa pun ada kat isterinya. Nak tahu kenapa?... si suami ni terjumpa nota

"BANG!! BANG!! BANGUN BANG! DAH PUKUL 6.30 PAGI


copy dr email kawan ako foward...

Wednesday, December 8, 2004

Everytime - Lyric

by Britney Spears

Notice me
Take my hand
Why are we Strangers
when Our love is strong
Why carry on without me?

Everytime I try to fly
I fall without my wings
I feel so small
I guess I need you baby
And everytime I see you in my dreams
I see your face, it's haunting me
I guess I need you baby

I make believe
That you are here
It's the only wayI see clear
What have I done
You seem to move on easy

And everytime I try to fly
I fall without my wings
I feel so small
I guess I need you baby
And everytime I see you in my dreams
I see your face, you're haunting me
I guess I need you baby

I may have made it rain
Please forgive me
My weakness caused you pain
And this song is my sorry

Ohhhh
At night I pray
That soon your face
Will fade away

And everytime I try to fly
I fall without my wings
I feel so small
I guess I need you baby
And everytime I see you in my dreams
I see your face, you're haunting me
I guess I need you baby

[ www.LyricsTop.com ]

Thursday, December 2, 2004

Terima Kasih....

Terima kasih kepada semua sahabat dan ahli keluarga kerana bersama-sama ako melalui saat2 ini.. ako benar2 rase terharu dan begitu menghargai segala sokongan dan nasihat drpd kamu semua... dgn adanya korang semua membuatkan ako terasa masih ramai yg menyanyangi dan mengambil berat tentang ako.. semangat yg ako ada sekarang sebahagiannya datang daripada nasihat dan sokongan korang semua.. tak tahu macam mana nak ako gambarkan betapa ako menghargai setiap kata-kata semangat yg korang ditiupkan kepada diri ako...

alhamdulillah.. mungkin berkat doa keluarga, rakan2 dan diri ako sendiri .. ako dpt meneruskan kehidupan dgn tenang.. alhamdulillah ako dapat menguruskan kerja ako dgn baik tanpa sedikit pun terpengaruh dgn kehidupan peribadi ako yg sudah hancur... insyaAllah ako dapat bersabar dan menerima segala-galanya dgn redha... kerana ako yakin setiap perbuatan kita akan ada balasannya.... tapi tipulah ako kalau ako katakan ako tak bersedih and sedikit pun tak teringat kenangan2 lalu... adakalanya bile kenangan tu dtg menerpa dlm fikiran ako, rasa sayu dihati... tambahan bile ako lalu kat tempat2 yg banyak menyimpan kenangan antara ako dan dia... rase sedih.. rase tak percaya yg dia sampai hati buat ako macam ni.. tapi, ako sedar walau ako menangis macam mana pun.. semuanya telah terjadi.. jodoh antara kami berdua terhenti setakat ini sahaja... dan ako harus hidup dgn gembira sebab takkan ako nak biarkan kesedihan menguasai diri ako sedangkan dia sedang gembira bergelak ketawa dlm hidup dia??? takkan ako nak biarkan diri ako terus mengingati org yg sudah melupakan kewujudan ako??? takkan ako nak memencilkan diri sedangkan dia sedang asyik bercampur gaul dgn kawan-kawannya??? tak.. ako tak mahu jadik insan yg lemah.. ako tak nak jadik org bodoh yg terus merindui org yg telah MENGKHIANATI cinta ako yg tulus ikhlas...

ako cuba untuk membenci.. menerbitkan rase marah dlm diri ako.. tapi 2 rase tu tak muncul... sebaliknya ako berharap agar Allah akan membalas setiap perbuatan dia kepada ako..salahkah ako kalau mengharapkan agar dia menyesal dan dihantui rase bersalah seumur hidup dia? salahkah ako kalau ako mengharap agar dia takkan menemui kebahagiaan dlm hidupnya?? salahkah ako kalau ako mengharapkan dia akan rase sunyi walaupun dikelilingi ramai org??? entah... yg pasti.. ako ingin hidup dgn tenang dan gembira...

ako amat berharap agar mak dan abah ako dapat menerima perkara ini dgn tenang.. ako tak mahu kesihatan dan emosi mereka terganggu.. dan kalau ada apa2 yg terjadi pada kedua ibu bapa ako disebabkan perkara ini, ako takkan memaafkan dia dan keluarganya seumur hidupku.. itu janji ako pada diri ako... salahkah ako berperasaan begitu? dalam dunia realiti ni, ada ke org yg dah dikecewakan tetapi mendoakan kebahagiaan org yg mengecewakan mereka? mungkin ada dan mungkin takde.. kalau ada, begitu luhurnya hati mereka.. dan hati ako tak seluhur itu... kerana sampai saat ini ako tak dapat nak melupakan dan memaafkan apa yg telah dia lakukan pada ako....

hmmm... lepas ni ako kena rancang dan atur semula kehidupan ako... banyak perancangan yg kena diubah... dan apa yg pasti ako mengharapkan sinar kebahagiaan akan diberikan pada ako dan keluargaku.... dan ako harap ketenangan yg ako perolehi sekarang akan terus menjadi milik ako... dan ako mengharap agar keluargaku juga tabah dan redha dgn takdir dan ketentuan ini... dan ako terus membilang hari menanti apa akan datang nanti.. ku nanti................... ako menanti..biarpun pahit dan manis datang padaku, ako redha........

Monday, November 29, 2004

Mmmmmm.....

semlm ako pegi kenduri kawin member ako kat kinrara.. selamat dah sorang.. lagik 3 akan datang.. kih.. semlm ujan lebat giler.. kire ujan rahmat la utk kawan ako tuh... kih.. semlm dapat la jumpa kawan2 opis lama.. seronok je dpt jumpa diorang.. kih... mmm semlm pun 3 kawan ako dok sibuk nak edar kad jemputan kawin.. 2 org nak langsung 19/12 ni.. sorang lagik 26/12.. jeles la jugak tgk diorang dok happy2 jek.. sedih pun ada gak.. org dok sibuk menganyam kebahagiaan, ako dok sibuk merawat luka.. kih.. tapi ako tetap mendoakan agar kawan2 ako dpt kebahagiaan yg berkekalan hingga akhir hayat... biarlah ako sorang je yg rase kesedihan ni.. hopefully takde org lain yg akan menerima nasib yg sama spt ako

weekend ni tak dpt nak rest pun... sabtu keje..lepas tu gi open house umah boss..then teman member ako gi open house umah tunang dia kat kajang... balik dah malam... pastu ada tetamu dtg plaks ke rumah.. letihnya.. then ahad... basuh baju yg berhunggun tu.. pegi umah kawan ako kawin pastu member ako dtg umah utk beraya and menjemput ke majlis kawin diorang.. lepas maghrib baru diorang gerak dr umah ako... mmg letih la.. tak terasa macam weekend pun... pagi ni letih and ngantuk jek rasenya.. sampai opis.. bosan plaks.. takde keje nak buat.. mmm........ sigh !!!!

Friday, November 26, 2004

Bosannyeeeeeee

mmm... entahla.. terasa bosan yg teramat kat opis baru ni.. sunyi pun iye jugak.. takde geng pompuan yg boleh diajak berbual atau keluar makan... alone je terasa... mungkin baru lagik kot.. tapi ako tak nampak pun potensi keadaan ni akan berubah.. entahla.... team mate programmer pun sume lelaki.. kadang2 terasa ditinggalkan plaks dlm apa2 discussion.. ye la.. lelaki dgn lelaki.. time breakfast diorang kadang2 bincang pasal keje.. time lunch... ako takkan sepanjang masa nak mengekor lelaki2 ni kot... hari pertama ako lunch ngan senior programmer kat sini and sorang akak tuh.. second day ako lunch ngan team mate yg sumernye lelaki.. apa nak buat.. takde geng.. kalau tak ikut lapor plaks kang... hari ketiga ako lunch ngan ita.. member ako yg buat keje kat drb.. tapi dia on off kat sini... so .. hari keempat ako tak lunch... hari ni.. sorang lagik.. ako nak kuar tapi tak tahu nak kemana..

bila keadaan macam ni.. mula la rindu pada opis lama... bukannya kat sini tak friendly.. tapi entahla.. mungkin ako baru lagik kot... but i do really miss them... hati ako rase melonjak-lonjak nak kembali ke tempat lama... tapi sudi ke diorang terima? ako rindu pada kawan2 seopis yg semuanya yg ako dah anggap macam family sendiri.. ako rindu suasana yg ako rase meriah walaupun ako keseorangan... ako rindu pada kebaikan dan segalanya... bile teringat kat bekas boss ako.. rase sedih plaks.. kih... susah nak carik boss yg baik..amik berat bukan sahaja hal keje tapi peribadi.. flexible... and paling penting dia juga boleh menjadi seorang kawan.... hmm... bile keadaan macam ni ako terpk .. macam mana ako boleh kuat semangat utk resign? yg pasti bukan sebab duit.. i just don't know...

tapi ako harap... sekiranya mmg sudah takdir ako di sini.. keadaan akan berubah.. mungkin ako blom buat sebarang keje.. mungkin... hopefully ako dapat buat yg terbaik di sini and mungkin boleh gembira di sini.... hopefully keadaan macam sekarang ni takkan berterusan.... gosh.. i do miss them.......... rase nak menangis dah ni... sumer org dah keluar... so ako pun nak keluar.. tak tahu nak kemana.. but i do need to get out from here....

hmmmmm... doakan ako beroleh kejayaan di sini dan tidak sunyi lagik k....

Monday, November 22, 2004

Hari Baru Tempat Baru

mm.. hari ni start keje kat tempat baru... keluar umah punyelah awal.. 6.30am.. takut jem.. alih2 jalan clear.. kul 7 am ako dah sampai... masuk kul 8.30.. so. ako pi la jalan2 sekitar glenmarie ni dulu... kat sini oklah.. blom start buat apa2 keje lagik.. tapi dah di brief ttg sistem kat sini sikit sebanyak la... so far ok la rasenye... baru beberapa jam je ako kat sini pun....

raya hari tu raya sakan.. seminggu cuti tu penuh dgn event... cume semlm jek ako dpt rest... saje nak rilex before start keje.... so... ako dah pun buka lembaran baru dlm hidup ako... sebabnya keputusan dia dah muktamad... tak berubah... apa yg ako lakukan.. hanye redha dgn segala ketentuan Allah SWT...

mm.. oklah.. ni pun tumpang pc org.. kih.. pc ako blom configure lagik kot... tmpt dah ada... mm.. ada masa nanti ako citer lagik.. mintak2 balik nanti jalan takla jem sgt.. kih...

Friday, November 12, 2004

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum

mmm... sempena menjelang bulan Syawal ni, ako nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca blog ni... (ada ke? kih...)

minggu ni merupakan minggu terakhir ako bekerja di syarikat ako sekarang... lepas raya ni ako akan ke tempat baru... and harapan ako agar ako dpt membuka lembaran baru dlm hidup ako... byk peristiwa suka dan duka yg berlaku.. ako harap selepas ramadan ini tamat, ako tak perlu lagi memikirkan segala masalah yg melanda ako selama ini... yg ako harapkan agar ada bahagia menanti ako di syawal yg mulia ini dan hari-hari seterusnya....

terlalu sukar kite nak menjangka apa yg akan berlaku pada esok hari dan di masa hadapan... org sebab itu ada org yg takut utk mengambil sebarang risiko dan ada jugak yg terlalu berani mengambil risiko.. ako? di mana ako berada? terlalu takut atau terlalu berani? mungkin yg boleh ako katekan... ako berada ditengah-tengah... ada perkara yg ako berani utk gamble.. tapi ada perkara yg ako takut utk mengambil sebarang risiko... nama pun manusia biasa.. takde yg sempurna....

sejak akhir2 ni.. ako rase malas utk mengambil tahu apa yg akan berlaku pada diriku di masa hadapan.. entahla... takde semangat... tapi bile memandang keluarga tercinta.. ako kuatkan hati... cuba hiburkan hati sendiri walau ada kalanya ako rase terpaksa dan terseksa... menyembunyikan perasaan sebenar amat sakit dan meletihkan sebenarnya... tapi demi utk tidak menyusahkan hati keluargaku.. ako menjadi insan yg boleh dikatakan hipokrit... berlagak seolah-olah tiada apa2 yg boleh mengusik hatiku... berlagak seolah-olah ako sedang mengalami keindahan musim percintaan... ahh..... macam mana agaknya penerimaan mereka bile 'waktu itu' tiba juga? hmmmmm.. ako harap mereka tabah dan kuat.... kerana ako tahu mereka pasti kecewa..... entahla.... semoga suatu hari akan ada sinar bahagia akan muncul....

anyway.. Selamat Hari Raya Aidilfitri and Maaf Zahir & Batin


Tuesday, November 9, 2004

Itu Aku - Lirik

Artis : SHEILA ON 7
Lagu : Itu Aku

Ribuan hari aku menunggumu
Jutaan lagu tercipta untukmu
Apakah kau akan terus begini
Masih adakah celah dihatimu
Yang masih bisa aku tuk singgahi

Cobalah aku kapan engkau mau

Tahukah lagu yang kau suka
Tahukah bintang yang kau sapa
Tahukah rumah yang kau tuju
Itu aku...


Coba keluar di malam badai
Nyanyikan lagu yang kau suka
Maka kehangatan yang kau rasa
Coba keluar di terik siang
Ingatlah bintang yang kau sapa
Maka kesejukan yang kau rasa

Percayalah itu aku

Friday, November 5, 2004

Keliru.. Confused

mmmm... ako tgh confuse la... sama ada nak amik keja baru tu atau nak stay kat opis lama nih... warghhhhhhh... last week ako dah macam tekad nak amik keja baru... tapi bile masuk opis, diskas ngan boss and big boss... terasa cam serba salah plaks... datang je opis rase cam sedih plaks nak gi tmpt baru... tambah2 bile mengenangkan tempat baru tu nanti akan ada ke boss yg baik cam sekarang? opis mate yg dah macam family ako rasakan... argghh.... confuse....

hmm.... ako sebenarnya kalo tak sebab financial.. mmg malas nak carik keja lain.. kalo nak tukar keje pun, nak masuk government... tapi tula... kalau tgk keadaan sekarang, cam company ako keje sekarang ni macam nak pulih skit.. tapi tu la.. ako takut nanti kalo tak pulih, camne plaks ngan ako? ako nak keje kat ner... yelah sekarang ni bukan senang nak dpt keje baru... arghh.... kenapalah ako pegi apply aritu.. kalo tak, takde la ako serba salah... mmg ako boleh reject offer tu, tapi aritu ako dah cam setuju nak accept... siap minta tangguh masuk lepas raya... alahai.. kang kalo ako reject kena blacklist plaks....

ingat nak diskas ngan boss ako.. nak tanye betul2 keadaan company ako sekarang ni.. tgh nak pulih or still sama... mmm.... tapi boss tak masuk plaks... tapi kan yg buat ako cam berat nak tukar keja.. sebab ako rase ako dah sayangkan company ni ngan semua staff kat sini.. diorang sume ako rase cam family ako gak... mmm... itu la yg susahnya kalo dah terlalu dekat di hati....

hmm... weekend ni ako nak pk abih2.. nak mohon petunjuk dr Allah SWT.. semoga keputusan yg ako buat nanti takkan memburukkan lagi keadaan ako... amin...

Thursday, November 4, 2004

All Cried Out - Lirik

by 112 feat Allure

[Allure]
All alone on a Sunday morning
Outside I see the rain is falling
Inside I'm slowly dying
But the rain will hide my crying, crying, crying
And you
Don't you know my tears will burn the pillow
Set this place on fire 'Cause I'm tired of your lie
All I needed was a simple "Hello"
But the traffic was so noisy that you could not hear me cry
(I) I gave you my love in vain
My body never knew such pleasure, My heart never knew such pain
(And you) You leave me so confused
Now I'm all cried out, over you.

[112]
Cryin' over you, yeah

Never wanted to see things your way,
Had to go astray
For why was I such a fool (Why was I such a fool)
Now I see that the grass is greener
Is it too late for me to find my way home,
How could I be so wrong?

[Allure]
Leaving me all alone
Don't you know my tears will cause an inferno
Romance of these flames,Why should I take the blame?
You were the one who left me neglected (So sorry baby)
Apology not accepted
At me to the broken hearts you've collected
(I) I gave you all of me (Gave you all of me)
How was I to know,You would weaken so easily
(I) I don't know what to do (I don't know what to do)
Now I'm all cried out (All cried out)
Over you

(I) I gave you my love in vain
My body never knew such pleasure,
My heart never knew such pain
And you

[112]
You left me so confused

[Allure]
Now I'm all cried out
Now I'm all cried out
Over you

Wednesday, November 3, 2004

20 Ramadan 1425

mmm.. dah lama rasenya tak mencurah rasa kat sini... hari ni mengantuk giler ako.. letih sangat rasenya... lepas subuh tadi tido kejap... sebab tak larat nak angkat kelopak mata nih.. kih.. sampai opis lambat... tapi tula.. opis ni sunyi jek.. takde org.. sekarang ni ada 2 org jek kat opis ako nih.. ada yg gi dbkl.. cuti.. mmm....

nak citer pasal keje.. hati ako rase cam nak accept offer keje baru tuh.. tapi rase sedih plaks nak tinggalkan opis nih.. dah macam family... mmm.. tapi kalo ako tak tinggalkan diorang, nanti diorang yg tinggalkan ako.. ako tak boleh ditinggalkan.. mmg tak mahu ditinggalkan... entah la... mungkin perlu ke tempat baru untuk mulakan kehidupan yg baru kot... sebab semacam takde harapan je nak mengekalkan yg lama tuh... hmmm........ namun ako tak pernah berhenti berharap...

hari ni terasa cam nak melawa plaks.. wakaka.. so pakai la kebaya... kalo tak silap kebaya ni baju raya ako yg tunang ako belikan... tahun bile tak ingat la plaks.. last time ako pakai cam ketat skit.. tapi hari ni terasa kekurusan ako.. wakaka... tak ketat.. kire sedang2 elok.. pergh.. nampak sgt memang ako dah berjaya menguruskan skit badan ako.. wakakaka....

hmm.. ngantuk nye.. rase cam nak lelap kejap la... since dah takde org kat opis nih.. tapi.. keje kena settlekan... mm.. ala ..tido kejap.. bukannya effect pun... wakaka....

hujung thn ni ramai sungguh kawan2 ako menamatkan zaman bujang.. yg baru bercinta..baru bertunang.. yg dah veteran.. kih.. sumer pakat2 nak kawin.. ako jek yg terkontang kanting.. rase cam nak rase je kawin paksa.. wakaka.. cume dlm situasi ako nih bukan ako yg kena paksa.. tapi tunang ako.. wakaka.. tapi tula.. semuanya hanye la imaginasi ako .. wakaka.. yg sekadar utk menggembirakan hati ako sendiri... sebab lately ako tak rase happy.. maybe ako gelak ketawa. tapi rahsia di hati siapa yg tahu?

pernah seorang sahabat nasihatkan ako.. get over it... dia pernah tanye.. pernah tak ako terfikir siapa jodoh utk ako.. apa dia tgh buat sekarang.. kat mana dia sekarang? ako jawab.. dulu ako tak pernah fikir.. tapi bile dah jadik camni... sometimes ako tertanye gak.. kalau betul sh*f**q tidak ditakdirkan untuk jadik teman hidupku.. siapa pulaks? kat mana dia? hmm.. but i'll rest that case since ako mmg takde niat and nafsu untuk mencari.. ako takut terluka lagi... sakitnya terluka ni hanya org yg pernah lalui je yg akan rase.... hmmm....... and bile jadik camni bukan saje hati ako terluka.. tapi keyakinan diri ako jugak turut tergugat... ako rase rendah diri... rase tak layak untuk menyanyangi orang lain.. rase banyak nye kekurangan pada diri ako sehinggakan buat ako terasa.. ako tak layak utk bahagia.... mmm... entahla... terlalu hebat ako rase tamparan yg ako terima ni...

seorang sahabat jugak ada nasihatkan... jangan rase diri kite lemah dgn dugaan yg Allah berikan.. sebab setiap dugaan dan cabaran yg Allah SWT berikan adalah setimpal dgn apa yg kita mampu hadapi... yup.. mungkin ada benarnya kata2 sahabat ako tu... tapi tula... susah nya utk ako percaya... kekasih yg minta ako jgn tinggalkan dirinya sedang cuba meninggalkan ako............

My Baby You - Lirik

by Marc Anthony

As I look into your eyes
I see all the reasons why
My life's worth a thousand skies
You're the simplest love I've known
And the purest one I'll own
Know you'll never be alone

Chorus :
My baby you
Are the reason I could fly
And cause of you
I don't have to wonder why
Baby You
There's no more just getting by
You're the reason I feel so alive
Though these words I sing are true
They still fail to capture you
As mere words can only do
How do I explain that smile
And how it turns my world around
Keeping my feet on the ground

[Chorus]
I will sooth you if you fall
I'll be right there if you call
You're my greatest love of all

[Chorus]
Arianna I feel so alive

Monday, October 25, 2004

11 Ramadan 1425

mmm.. lama sungguh rasenya tak post kat sini.. bukan apa.. takde cerita yg menarik nak ako kongsikan bersama... just rutin ako di bulan puasa nih, pagi gi keje, petang tolong kawan berniaga... malam lepas solat, tido... kih...

minggu lepas, khamis and jumaat ako gi training kat Skali... mm... training tentang NeoFussion.. first day tu ngantuk giler.. sebab pc tak cukup .. so ako just mendengar... tapi second day oklah... sebab ako dpt guna pc and try buat apa bende yg di ajar.. kih...

apa lagi eek nak citer? weekend lepas pun tak buat apa2.. just membasuh baju... kemas2 rumah... tolong kawan niaga... sekali sekala teringat jugak kenangan dulu2... bile perhati gelagat org kat bazar ramadan tuh.. teringat time bahagia dulu.. masa kat uum... ako ngan tunang pegi bazar ramadan kat uum.. jalan kaki.. kih.. and mesti beli nasi kerabu... favourite tuh... bile dah abih study... masa bulan ramadan, sekali sekala dia akan dtg berbuka kat rumah ako.. sebelum tuh kitorang akan jalan-jalan kat bazar ramadan... beli apa2 yg patut untuk berbuka.... pernah juga masa study kat uum dulu, kitorang balik dr uum malam.. so sampai kl pagi... ako pun ajak la tunang ako ngan member ako dtg umah utk bersahur... byk lagi kenangan manis yg akan sentiasa ako kenang... hmmm... bile dah dekat nak raya, kitorang berdua akan pegi beli baju and jalan2 kat jln tar... kadang2 ngan adik-adik ako.. kadang2 berdua... yg pasti setiap kali raya dia takkan lupa belikan ako sepasang baju raya... tahun ni tak tahu la... kalau dia sudi jumpa ngan ako pun rasenya dah terlalu dan teramat bermakna utk diri ako... tambahan raya pertama tahun ni jatuh pada harijadi ako ... harijadi yg ke 25 thn...

Tuesday, October 19, 2004

5 Ramadan 1425

mmm.. hari ni.. tak letih sgt.. sebab pagi tak kemana.. sempat la tido sekejap sebelum gi niaga.. kih... time balik pun jalan ok jek... tak jammed...

mm.. ako sebenarnya dalam dilema... ako dpt satu offer keja nih.. tapi hati ako cam berat nak tinggalkan company ako sekarang.. sebab ako happy kat sini... just masalah gaji je yg buat ako terpaksa carik keja lain.. tapi tula.. ako takut kalo ako pegi tempat lain, ako tak happy and tak bleh nak perform... bukannya apa ako takut ako nye performance tak mencapai apa yg diorang expect.. new things so ako perlu masa utk blajar.. entah la... risau ada.. kalau parent ako plaks, janji gaji jalan tiap2 bulan ..diorang tak kisah.. hmmm....... camne eek....

takpe.. esok ako gi keja.. online then ako nak tanye kat sahabat ako yg sorang tuh.. ako namakan dia sbagai JD jelah... kih... tanye pendapat dia... dia byk experience.. even masa ako nak gi interview aritu pun dia byk kasik tips... and alhamdulillah lekat plaks kih... sepanjang ako cuti nih dah lama tak borak-borak ngan JD and tak beremail sgt... kih...

tetiba terasa rindu plaks kat tunang ako... mm.. nak tepon dia la... kih... oklah.. nak gi tepon pastu nak tido.. bye...

Monday, October 18, 2004

4 Ramadan 1425

mmm... hari ni pepagi pegi MIDA antor borang mintak keja kat sepupu ako.. ako parking kat lrt bdr tasik selatan, pastu naik komuter ke KL Sentral.. singgit jek... kih.. dah antor borang.. ako lepaks2 kejap kat KL Sentral tuh.. best gak.. ada byk kedai.. rase cam best plaks.. lepaskan lelah pun ye jugak.. pastu sempat la ako beli 2 lagik novel Judith McNaught.. even sumer novel dia ako dah bace, tapi ako still nak beli.. nak kumpul.. at least time boring2 bleh buat revision lagiks.. kih... ingat lepas ni nak beli complete novel LOTR la...

pastu balik umah... dlm kul 12 lebih.. rilex2 jap.. terus gi sentul plaks... hari ni.. jualan cam ok... kih... seronok walaupun letih.... masuk nih dah 4 hari posa.. and ako blom lagik buka kat umah... nantila.. tunggu semua ahli keluarga ada... minta off satu hari.. kih... klah ..letih dah ni.. nak tido....

Sunday, October 17, 2004

3 Ramadan 1425

mmm.. hari ni... letih sungguh rasenye.. kih.. pagi pegi shopping ngan akak ako... kat leisure mall... jalan punye jalan dah kul 2.30pm.. mm.. pastu terus siap2 nak gi niaga plaks... kul 3.30 gerak dr rumah... pastu sunggah kat IPR hantar lauk kat nenek ako...

lupa nak citer.. atuk (belah mak) ako kena tahan kat wad.. penyakit dia blom dpt dikenalpasti.. masuk hari ni dah 4 hari dia kat wad... nenek ako la yg menemankan atok ako... so tadi pegi la hantar lauk utk nenek ako berbuka.. sebab IPR tu mmg on the way ako nak ke sentul.. so before gi gerai.. pegi antor lauk dulu... kesian tgk atok ako.. makin kurus.. esok baru tahu apa penyakit atuk ako.. sebab jumaat aritu diorang buat broconscopy (betul ke ako eja nih???) ala yg masuk camera kecik dlm badan tuh... harap-harap takde yg serious la...

hari ni yg ada kat gerai.. ciko, huzail, kerull, ako, dada (adik ako), kam (anak buah ako) dan syaz (sepupu ako..).. yg pekerja tetap 4 org pertama tu jek.. kih.. yg lain2 tu tukang sibuk.. kih.. harini pun cam ok la perniagaan.. tapi tak tahu la member ako tu dpt untung ke idak.. ako pun tak tahu.. apa yg pasti semoga murah rezeki la...

mmm.. takde citer dah nak diceritakan... ngantuk dah ni... esok hari baru and mungkin perkara baru akan berlaku.. kih.. esok pepagi ako nak gerak gi MIDA and mungkin gi MARA kat jln raja laut tuh.. nak antor application utk keja.. esok tarikh tutup. esok gak nak antor.. wakaka.. sumer dah siap awal.. tapi besa la ako.. last minute person.. kih...

Saturday, October 16, 2004

2 Ramadan 1425

adoi.. letih sungguh.. bukannye letih sebab berpuasa tapi letih sebab tolong member berniaga... tapi even letih pun.. rase seronok.. kih.. dah 2 hari ni rase cam best plaks.. macam-macam gelagat org dpt kite lihat... kih.. ada yg membeli ala kadar.. ada yg membeli ikut nafsu.. kih.. apa2 pun biaq pi la.. duit masing-masing.. kih...

hari ni jalan takla jammed sgt... kire smooth jela perjalanan kitorang tadik... bertolak kul 3 .. pegi isi minyak .. amik makcik member ako kat flat sri sabah then terus gerak ke bandar baru sentul.. nasib jln tak jammed.. kih... dah 2 kali ako cakap pasal jln tak jammed.. kih.. kalo hari bekerja nanti tah camne la plaks...
tadi masa balik silap jalan.. mujur terror skit.. kih.. tapi gi jalan jauh la.. siap lalu setapak lagik.. wakaka.. nasib jumpa mrr2 .. kih.. kalo tak tentah sampai ke kuantan.. wakaka.. ako bab-bab jalan kat kl ni kureng arif skit.. selalu gak sesat kalo lalu jalan baru.. kih.. kena amik kursus la.... kih...

apa lagik nak citer eek.. hari ni sampai umah kul 8.30pm.. kire awal skit dr semlm... sebab jalan tak jammed... isnin nanti tah camne la agaknya.. kalo keta auto kureng skit stress kaki.. ni kete pun manual.. yela.. tiara yg gagah berani la katekan... kih... byk berjasa kete tuh.. dah berapa kali lepas ke utara nun.. siap jadik cam lori angkut barang pun ye.. kalo tak caya bleh tanye tunang ako.. kih... dulu masa final year.. nak angkut barang2 balik.. penuh satu kete dgn barang kitorang berdua.. betul2 space yg free tmpt duduk depan jela.. utk kitorang 2 org.. 1 org driver, 1 co-pilot.. kih.. sampaikan nak tgk cermin blakang pun tak nampak.. kena guna side mirror jek.. kih... hmm.. antara pengalaman yg best masa zaman muda-muda dulu ler.. kih..

mm.. kaylah.. dah ngantuk sgt nih.. letih pun iyer.. esok satu lagi episod hidup akan bermula.. dan hari ketiga umat islam berpuasa... mm.. semoga rezeki bertambah murah dan segala yg kite ingini akan tercapai... amin.........

1 Ramadan 1425

hari ni first day umat islam menjalankan idabah puasa.. dan hari kedua menunaikan solat terawih.... mmm... hari ni ako bz skit dr pagi sampai la ke malam.. kih.. pepagi lagi ako dah gerak pi bayor utang kat bank.. wakaka.. pastu gi interview kat shah alam.. nasib la interview tu tak formal sgt.. kire ala-ala santai gitu.. wakaka... interview abis dekat nak kul 1.. pastu balik umah.. relax2 jap.. kul 3.30 dah gerak gi sentul.. tolong member meniaga kat pasar ramadhan.. kih.. first time meniaga bende2 makan ni.. mmg kekok + tak berapa pandai nak letak harga.. kih...

nak citer pasal apa eek? pasal meniaga tu.. mmm.. oklah la.. mmg penat skit tapi bile tgk lauk yg dijual habis and kalau lebih pun skit2.. rase seronok plaks... tapi tula.. ako malas nak meredah jammed kat jalan nun.. tgk la macam mana nanti.. lagipun cam dah ramai je staff member ako tuh.. kih.. semlm hujan.. tapi hujan tu kan rahmat dr Allah.. mmg betul pun.. sebab bile time hujan tu la.. ramai plaks customer dtg kat gerai member ako tuh.. agaknya sebab khemah member ako tu besau kot.. so org yg tak bawak payung nak tumpang berteduh.. tapi takat tumpang je mana bleh kan.. so nak control2 skit terpaksa la diorang beli.. kire untunggg member ako tuh.. kih.. tapi lauk mmg comfirm la sedap.. sebab apa ako kate confirm? sebab mak ngan abah ako masak.. mesti la sedap.. kih..oklah.. nanti2 ako citer lagik.. ngantuk nih... selamat berpuasa k !!!

Thursday, October 14, 2004

Novel - Remember When

Ketenangan Itu

mmm... mungkin hari ni akan memberikan seribu satu keceriaan pada diriku... mmm... email dari sahabat yg banyak mendorong dan memberi semangat padaku mencetus satu semangat dan keyakinan dalam diriku... terima kasih banyak-banyak wahai sahabat.... antara petikan kata-kata dari sahabat ku yg ako kire berjaya menenangkan dan memberi kekuatan dlm hatiku :

There's no wrong in hoping. Ko boleh terus mengharap pertolongan dr Allah utk selamatkan relationship ko..Tapi andaikata mmg tak dpt diselamatkan, terimalah dan anggapla, ko akan ditemukan dgn org yg lebih baik dr toonang ko skang

Take it easy.. Don't be too hard on yourself. Jangan asyik nak pikir aper yg ko pernah buat salah.. Don't be too hard on yourself..dont beat up diri sendiri. U know u r a nice person,and he had loved u enough to be engaged to you. Kalau terputus, it's his lost. Jgn salahkan diri. Tenang2ya..


The Reason

I'm not a perfect person
As many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
Thats why i need you to hear

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is You [x4]

I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you

p/s: Bie.. u dedicated this song to me right? :)

Wednesday, October 13, 2004

Novel - Until You

Mengapa

mengapa kau pergi
mengapa kau kecewakan
mengapa kau hancuri
mengapa kau menghinakan

mengapa kau sakiti
mengapa kau melukakan
mengapa kau memberi
mengapa kau melupakan

mengapa kau akhiri
mengapa kau memulakan
dengan getaran jiwa
kukemukakan pertanyaan

tak ingin ku kau pergi
tak ingin ku dikecewakan
tak ingin cinta dinodai
tak ingin dihancurkan

tak ingin ku disakiti
tak ingin ku dilukakan
tak ingin ku kau beri
bila kau melupakan

tak ingin ku dikhiri
bila kau memulakan
dengan perasaan hampaku
meminta jawaban

di kananku cinta penuh bermadu
di kiriku racunmu
kalimah sakti yang mana untukku
dapat kau membuat pilihan
agar kita dapat bersama

kau bisa membahagiakan menceriakan
kau bisa menggembirakan mempesonakan
aku ingin dicintaimu dan mencintai
aku ingin bila terjaga kau di sampingku selamanya

semoga cinta bersemi
semoga cintamu kan dekat padaku
asmara kan memudar tanpa mengira waktu
bertahta di hatimu dan di hatiku

Tuesday, October 12, 2004

Kesetiaan

Wahai kekasih, dikau yang telah membina kepercayaan di dalam hati ini, dan dikau sendiri yang telah menghancurkan segala kepercayaan itu. Mengapa kau belai hati ini dengan kasih sayangmu jika hanya untuk dilukai.

Wednesday, October 6, 2004

Relaku Pujuk - Lirik

Ku dikejar bayang bayang resah
Bila hatimu masih tak berubah
Enggan di punya dan di penjara
Belaian cintaku ini

Aku bukan lelaki yang tewas
Bisa menyambar walau ku di tolak
Biar diuji kanan dan kiri
Kau kan tetap ku miliki

Tiada lafaz yang lebih agung
Kalimah cintamu yang ku tunggu-tunggu
Biar jasadku yang menanggung
Permainan darimu rela ku pujuk

Janganlah kau salahkan aku
Terus memburu menawan cintamu
Daku percaya sedikit masa
Kau kecundang akhirnya

Usahlah kau bersedih di hadapanmu aku hadir
Memadam resah dan curiga dari hatimu oh
Apakah kali ini bisa kau tolak dan berlari
Setelah aku menanamkan azimatku...

by - Spider

Tuesday, October 5, 2004

05 October 2004

entah kenapa malam ni... terasa sepi plaks.. ngantuk pun ada gak... dari 6 hari bercuti, baru hari ni ako buat keje... kih.. mmg ako takde mood langsung nak membuat sebarang kerja... entah.. agaknya sebab gaji tak dibayar- bayar... dah kering kontang dah ni...

teringin sangat nak gi bercuti... kat pulau2 ke.. yang pasti mmg teringin nak berehat kat tepi pantai... teringin nak gi travel secara solo.. sorang2... rase cam seronok plaks.. tapi ada sahabat ako yg kate it's getting lonely kalau travel sorang2.. better pergi dgn kawan or family.. but.. hati ako mmg teringin sgt nak bercuti sorang2.. nak mencari ketenangan... sebab ako yakin.. kalau tak pergi seorg, mmg ketenangan yg maksimum takkan dpt ku capai... tunggu la.. bile ada rezeki dan masa yg sesuai akan kulakukan jugak... insyaAllah... yg ako risau... restu parent ako jek.. wakaka.. cam la diorang senang2 nak kasik permission ako travel sorang2... wakaka.. apa2 pun akan ako usahakan jugak agar impian ako ni berjaya.. tak sabar rasanye.. dgn hanye membayangkan saje percutian idaman ako tuh, dah terasa sedikit ketenangan yg bakal ako kecapi... arghhh.. tak sabarnya...

esok nak keje.. alahai.. malasnya... ikutkan hati.. nak je ako bercuti selagi gaji tak dibayar.. kih.. tapi takut plaks dpt memo.. wakaka.. dah la keje sekarang susah nak dpt... hai.. kalau lekat la dlm byk2 applications ako tuh... alhamdulillah... tapi pasal keje pun boleh menimbulkan konfliks keluarga gak.. wakaka.. entah.. malas ako nak pikir la... mmg byk bende yg kena difikirkan... tapi kalau semua perkara ako pikirkan.. makin serabut la kepala ako nih.. so.. apa yg ako buat.. ahh.. lantakla.. malas nak pikir...berangan lagik best... kadang2 dgn berangan mampu buat ako lupakan segala masalah yg ako tanggung... dgn berangan mampu membuatkan ako gembira.. even hanya seketika... wakaka...

ishh... ngantuk la.. mau tido la... bile pikir esok nak kena keje.. makin letih la rasenya.. wakaka.. takde semangat langsung nak keje.... apa la nak jadik ako nih... ngantuk nye... klah.. tido dulu.. okeh...

Tuesday, September 28, 2004

Anugerah Era 2004


mmmm... banyak kejutan dlm AE 04 nih.. wakaka.. antaranya vokal lelaki pilihan, vokal duo/berkumpulan...
btw... ako rase AE kali ni tak berapa menyengat and meriah... and ako nak list downkan persembahan and presenter yg ako enjoy malam tu:

Persembahan Pilihan Ako :
1. Zahid & Sarah - Milikku & Jgn Kau Mimpi
2. VE - Party Like This
3. Waheeda & Giegil - Mencari
4. Glenn - Januari

Presenter Pilihan Ako :
1. Aznil
2. Accapan & Sheila Rusly
3. Saiful Apek & Bob KU2

yang lain2 bg ako biasa je... even Anuar nye perform pun tak dpt memikat hati ako.. entah... wakaka...

Monday, August 23, 2004

23 August 2004

hari ni takde semangat... letih mental dan fizikal.. semlm yg memeranjatkan... yang mengecewakan... entahla.. apa yg kau mahu dariku?
hari sabtu hari tu.. pegi tgk konsert CT kat bukit jalil dgn 2 org member ako + adik ako... pergi pun sebab nak tgk bebudak AF 2 je.. sebab kitorang tak minat ngan CT.. wakaka.. ako nak tgk Farah & Zahid jek.. itu pun decide nak gi last minute... wakaka.. sampai sana kul 8 lebih.. tepon member ako yg keje kat KSN tanya start bile.. dia kate start kul 9pm.. mmm...tak kisah la.. masuk je.. dok kat area hotlink... kat trek... bila tgk keliling, stadium pun tak penuh.. kat trek pun tak la padat...

Show start ngan nyanyian Azza, Atie and Liza.. skrin blur jek.. tak nampak muka bebudak ni nyanyi.. yg pelik time CT ok plaks... entah.. tapi bila AF1 buat show jeritan dr penonton tak la sekuat mana... sekali AF2 masuk.. pergh.. mmg demam.. wakaka... yg bestnya lepas bebudak AF2 buat show.. CT keluar.. tapi sedikit demi sedikit penonton beredar keluar stadium... trek yg nampak cam agak nak padat, terus nampak selesa.. sebab byk ruang kosong.. camtu gak ngan kat kerusi.. org ramai beredar balik.. ako assume ramai yg dtg semata nak tgk bebudak AF jek.. wakaka.. termasuk la ako.... hajat dihati nak tunggu sampai habis... tapi selera kitorang termati nak tgk sebab ditayangkan dgn adegan panas couple remaja depan kitorang.. tak malu betul.. nampak sgt kemaruknya.. ye la.. kiri kanan depan belakang ramai org.. diorang bleh slamber je buat tayangan amal sendiri.. bodoh punye budak!!! terus kitorang blah..keluar dr stadium pastu pegi carik kedai.. member ako lapor.. so..makan2 borak2.. kul 11 lebih sampai umah....

terkilan skit sebab tak dpt nak tgk bebudak AF2 duet ngan CT.. ni sumer budak2 kemaruk punye pasal.. tapi takpe la.. tiket free.. wakaka...apa yg pasti bebudak AF2 juga merupakan salah satu tarikan kepada org ramai utk dtg ke konsert CT.. itulah hakikatnya..............

Friday, August 20, 2004

20 August 2004

mmm... rase happie .. sebab dapat kenal kawan2 baru.. w/pun tak pernah bersua muka... diorang ni ako kenal kat Blog Sultan Muzaffar... entahla.. terasa yang tak semestinya kalau sorang hilang takde yang lain akan datang...muaakkaa

ngantuk plaks lepas lunch ni... pagi tadi dah settle satu keja.. ada lagi 3 keja pending... takpe.. ako settlekan satu2... sambil2 tu blajar ASP skit2... esok birthday anak buah ako.. semlm dah pi beli hadiah utk dia... tak sabar plaks nak kasik kat dia.. kih

mmm..next week ingat nak pi umah kawan ako kat Jelebu la.. mula2 cam berat je nak pi.. tapi bila pikir2.. kesian plaks.. selalu kalo kenduri kat umah ako, dia mesti datang punye.. la ni dia nak tunang.. so.. pegi jelah... lagipun nak lari dr KL kejap.. wakaka....

Wednesday, August 18, 2004

18 August 2004

waahh.. agak lama gak tak menulis di sini.. kih... hari ni relax skit.. sebab boss takde.. nasib baik tak jadik pi kursus hari ni.. kalo tak buhsan gak.. hari ni ngantuk gilerrr... masuk opis lambat skit.. sebab pegi settlekan assignment adik ku itu.. dia punye assignment, ako yg kena buat.. wakaka... dr semlm sibuk blajar ASP.. adus.. kalau abis je blajor dulu terus guna ASP takde masalah kot.. la ni dah lama tinggal.. karat la jugak.. wakaka..

nak citer pasal apa eek? ha.. pasal MTEST.. hari sabtu tu, pegi sorang.. yo yo hari jumaat pi survey ngan abah ako.. alih2 pagi sabtu tu sesat jugak.. wakaka.. nasib jalan tak jammed... dah lama tak amik exam.. lombab giler.. bab utk Math tu.. punye la simple nye soalan tapi sebab dah lama tak mengmatematikkan diri.. rase susah plaks.. wakaka.. takpe la.. ada rezeki adala nanti.. kalau takde, ako pasrah je la....

citer pasal AF plaks.. wah.. ZAHID juara.. best ..best... tapi sedah gak Farah dapat no 4 jek.. tapi Farah, Bob and KAer... w/pun korang tak menang malam tu, korang still menang dihati kami semua.. wakaka.. wah.. Zahid janji nak blanja fans dia makan roti canai.. bile la agaknya tu eek... kih...

Thursday, August 12, 2004

Esok Cuti

esok ako cuti..so besar harapan ako agar korang jgn lupa afundi zahid and farah k...esok ako nak gi survey tempat test tu..nanti sabtu takde la tergopoh- gapah... esok pun ingat nak pi shopping barang-barang umah... mm...ngantuk giler arini... time meeting ngan client tadi, puas la ako tahan ngantuk.... apa2 pun jgn lupa

AFUNDI FARAH & ZAHID !!!!!!!!!

Wednesday, August 11, 2004

AFUNDI ZAHID & FARAH

Well Zahid and Farah ako punya fav. student..hopefully dua2 ada tempat dlm TOP 3... Zahid ngan Farah dua-dua ada menunjukkan peningkatan.. and setiap konsert tak pernah menghampakan... lagipun diorang 2 org ni dr awal2 lagi ako dah budget masuk final..kih.. termasuk Kaer sekali.. tapi ako jarang vote Kaer.. votes ako mostly ako berikan pada Farah breep..breep......so jgn lupa



AFUNDI FARAH & ZAHID !!!

Tuesday, August 10, 2004

Edisi Hangin Satu Badan

ishh...geramnya ako..mana bleh Linda % dia naik mencanak-canak? baru 2 hari dah jadik TOP 3..giler apa? yg original finalist % bukan makin naik, makin turun, walhal fans TOP 5 ni mengafundi gak..gilerr..kalo dah mmg nak kasik Linda menang, takyah la susah2 buat AF...terus istihar je juara ...tak adil...dah pastu org2 SAbah and fan Linda giler2 punya undi linda... hampeh la..diorang ni betul2 tak reti menghargai usaha org lain.. at least TOP 5 ni berhempas pulas utk masuk ke final.. tapi linda tak perlu berhempas pulas still dpt masuk final... aahh..venci..venci... kalo la linda menang, mmg tak adil and AF tidak layak menjadi medan yg menghasilkan juara yg sebenar....... serious ako mmg angin....... tak suka.........uwaaa..........



Farah, Aznil, Kaer, Zahid, Adam & Bob

AFUNDI FARAH & ZAHID !!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, August 6, 2004

6 August 2004

uwaaaa......semlm gi meeting..gilos..mmg gilos...tensen ako sekejap..nasib pagi ni boss dgn baik hati ada kat side ako...mmm....hari bermula battle of the fans zahid, farah, kaer, bob and adam vs MasFC..wakaka..ako suka kat Mas tu, tapi takdela sampai nak vote ke final..lagipun selama ni ako tak pernah vote dia...tapi bile tgk fans dia yg giler punye fanatik...jadik sakit ati plaks...so...ako tak kira minggu ni ako nak votes 5 utk BOb, 5 utk Kaer, 5 utk Adam and 5 utk Kaer..Farah pulaks, tgk la..dlm 10 -20 la..ako tak kira...mmg la undian ku tidak sebanyak org lain...takde la ako nak berabis utk AF ni...poket kena jaga gak...wakaka

pagi tadi kul 4.30 pagi dah bangun pi jemput adik ako yg sampai dr uum kat pudu..waduh ngantuk gilosss...lepas tu terus la berjaga sampai la ni..ako ni kalau dah bangun jarang tido balik...tak best plaks rasanya nak sambung tido lepas bangun pagi..lagipun org kata rezeki mahal kalau lepas bangun pagi tido balik....mmm..hari ni tak sabar nak tunggu abis opis hour...ako nak lepak kat umah..sebab adik ako dah balik dr uum...actually adik ako ada 3 org..ako ada 1 org kakak...sumer pompuan..wakaka...tapi ako rasa cam lebih seronok borak ngan adik ako no. 4...kate org putih ada soft spot la kat dia..maybe sebab dia ni gilerr2 skit..pastu happy go lucky...pastu sempoi gilerrr.......kena la ngan jiwa ako...kih...tu sebab ako cam excited skit bila dia ada kat umah...nak bercerita ngan dia pun best...wakaka....tapi takla bermakna ako tak sayang adik ako yg lagi 2 org tu...sayang..tapi diorang pun tak berapa sgt ngan ako..yg bongsu tu oklah kot..sebab dia, ako ngan akak ako je yg ada kat umah disamping mak, abah dan 3 org anak buah ako yg comel lote campur gedebab...wakaka

opsss...lupa nak bg tahu, hari ni pakai jubah..wahh..terasa cam wanita solehah plaks..wakaka...klah..stop keja..ako nak wat keja..kang ngamuk plaks boss ako....okeh...


Thursday, August 5, 2004

5 August 2004

mmm....hari ni bermula dgn keceriaan..tapi ako lambat lagi sampai opis pagi ni..dah 3 hari berturut-turut lambat..ish..esok kena awal la..wah..esok adik ako balik dr uum..pergh ..meriah la skit umah kalau dia ada..takde la ako rasa sunyi sgt.. boleh la membantu ako lupakan masalah2 ako sekarang ni...tapi hari ni pun cam tak best jek..kena pegi site la plaks petang nanti..kaki ako makin occay (ikut stail Linda AF).. tapi kalau drive still lenguh skit...mmm...takde mende menarik nak citer pun...harap2 keceriaan hari ni akan berterusan...

citer pasal AF plaks la...ako mmg berharap sebenarnya final nanti Zahid, Farah, Linda, Bob dan Kaer yg akan masuk...tapi apakan daya Linda dah keluar..nak tak nak ..kena masukkan Adam dlm top 5 ako...hopefully sabtu nanti, pengundi di Malaysia ni akan membuat pilihan yg sama macam ako...apa2 pun ako punya votes mostly goes to Farah..breep..breep....