Wednesday, December 21, 2011

Testing & vit B

Alhamdulillah atas limpahan rezeki yg Kau berikan Ya Allahpp

Friday, December 16, 2011

Bapa sebagai ketua keluarga

Bapa sebagai ketua keluarga; Hubungannya dengan realiti pekerjaan masa kini;

Oleh: Prof. Madya Dr. Zulkiple Abd. Ghani (UKM)  - (Majalah Sinar Rohani, Oktober 2003)

“Pemberian nafkah oleh suami kepada keluarga merupakan satu tanggungjawab yang mesti ditunaikan. Nafkah tersebut

merangkumi perbelanjaan makan minum, tempat tinggal, keselamatan dan perlindungan. Walaupun ia merupakan satu tanggungjawab, pemberian nafkah juga boleh diibaratkan sebagai sedekah kepada keluarga.” Konsep ini dibentuk berasaskan kepada hujah dari ayat-ayat al-Quran l-Sunnah yang berkaitan. Antaranya yang terpenting ialah ayat yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”. (an-Nisa’: 34). Begitu juga dengan satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa’i yang bermaksud: “Ya Rasulullah,pakah hak isteri ke atas kami? Sabda Rasulullah s.a.w. hendaklah engkau emberi makan kepadanya apabila engkau makan dan hendaklah memberi akaian   kepadanya seperti mana engkau berpakaian”. Hujah-hujah ini telah

menjadi panduan umum kepada umat Islam di seluruh dunia tentang kewajipan

yang diamanahkan kepada kaum lelaki iaitu dalam konteks pemberian nafkah

keluarga.

Nafkah yang

dimaksudkan dalam Islam adalah lebih luas pengertiannya berbanding dengan

istilah pekerjaan. Para ulama Islam selalu menyebut nafkah dengan merujuk

kepada nafkah zahir dan nafkah batin. Nafkah zahir merujuk kepada

menyediakan keperluan asas kehidupan meliputi makan minum, pakaian, tempat

tinggal dan juga memberi perlindungan dan keselamatan. Misalnya Allah

menegaskan kewajipan nafkah berkaitan makan minum, tempat kediaman dan

pakaian seperti berikut:

“Dan kewajipan ayah (suami) memberi makan minum dan pakaian kepada

para ibu dengan cara yang sepatutnya” (al-Baqarah : 233)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Suami adalah penjaga

(pemimpin) terhadap kaum keluarga dan ia dipertanggungjawabkan terhadap

orang-orang di bawah jagaannya dan isteri adalah penjaga (pemimpin) di dalam

rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan dipertanggungjawabkan

terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya” (al-Bukhari).

‘Perlindungan dan keselamatan’ pula merupakan nafkah yang terikat

dengan factor biologi di mana wanita yang tiada tempat pergantungan kepada

lelaki akan menghadapi saat kehidupan yang ada kalanya tiada ketenangan

terutama dalam memenuhi keperluan keinsafan. Jika wanita bersuami, ia

mungkin bergantung pada bapa, anak atau adik lelaki terutamanya ketika

berhadapan dengan saat-saat kecemasan.

Nafkah batin pula termasuk keperluan memenuhi nafsu seks untuk tujuan

menjamin kesinambungan zuriat dan aspek psikologi yang disebut dengan istilah

mawaddah wa rahmah yang bernatijahkan sebuah keluarga yang bahagia

menurut kacamata Islam. Ia boleh dicapai melalui pergaulan yang baik antara

suami dan isteri dan ahli keluarga yang lain.

www.islam.gov.my/.../

Hadith:

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia (iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.

Huraian Hadith:

1. Dalam institusi perkahwinan Allah S.W.T telah mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada suami dan isteri.

2. Pemberian nafkah oleh suami terhadap keluarga merupakan satu amanah yang mesti ditunaikan di mana nafkah tersebut merangkumi perbelanjaan makan minum, tempat tinggal, keselamatan dan perlindungan.

3. Pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seseorang.

4. Kaum wanita tidak diwajibkan bekerja mencari nafkah. namun Islam membenarkan mereka keluar bekerja demi membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh suami. Sumbangan isteri ini merupakan satu sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.

Wednesday, December 7, 2011

Selesai Sudah

alhamdulillah.. selesai sudah majlis pertunangan & majlis perkahwinan dua² adek ako... lega kerana sumenye berjalan lancar...majlis tunang oyoy meriah walaupun ujan turun mencurah-curah... majlis kawen ateh, sgt meriah and alhamdulillah caterer yg dipilih x menghampakan.. terus booked utk majlis kawen oyoy plaks... overall kitorang satu family sgt lega... incident kecik² tu adatla.. tp apa pun penat lelah kami sgt berbaloi.. skrg nak kene start tu plan oyoy's wedding plaks..hehehehe

Friday, November 11, 2011

mr hubby admitted...

miss you already dear....

Tuesday, November 1, 2011

Wish List

hurmm.. x lama lagi.. lagi lebih kurang 13 hari.. hehehehehe.. xde org nak tanye wish list sy ke? miahahaha... mesti xmo tanye ler tuh... my wish list panjang berjele nih... hehehehe... kalo nak postpone ujung taun pun bleh wahai en husband...hehhehe..

Tuesday, October 25, 2011

Iqram dah setahun... yeay

alhamdulillah on 23rd October 2011, Iqram genap setahun.. apa progress iqram ek:

  • blom bleh jalan ataupun berdiri sambel lepas tgn.. sgt manje  ini budak
  • gigi ada 6 batang.. 4 atas 2 bawah
  • kuat makan.. bagus.. mama sukerrrr
  • kuat menjerit
  • pandai merajuks
  • pandai melaram... kalo dpt spek mata tau letak kat mata, kalo dpt topi tau letak kat pala, kalo dpt sikat tau utk sikat rambut, kalo dpt tudung tau pakai kat pala..miahahaha berkat pemerhatian sekeliling agaknye...
  • tido mesti nak kene peluk.. kan kate manje
  • lasak x bleh ckp..nampak gaya cam lebih skit dr angah and along
  • blom pandai panggel mama tp papa tau plaks...huhuhuhu
  • suker main air...

hurmm.. takat ni jek yg mama igt ..kalo igt lagi nanti mama update... apa2 pun mama syang iqram.. semoga Iqram jadi anak yg soleh & berjaya & bahagia dunia & akhirat..amin

new toy in d' house : TRAX Interactive Talking Twister

amboi ape bende nye tu? secara ringkasnye:

Talking Twister is an effective fitness training device that ANYONE can use, engineered to  make exercise comfortable almost effortless, while burning fat & calories. It has the ability to cause a unique stretching & contracting motion designed to provide a total body workout. You will experience a body harmony that comes from intestinal cleanliness, increased blood flow and stress relief in your back.

source from : http://www.fitnessconcept.com.my/

baru cuba sekali.. menariks gak coz berjaya mengeluarkan peluh & mende ni akan bgtau berapa calory yg dah burn.. well hopefully x jadiks tukun jek kat umah....

Monday, October 24, 2011

si pinky ilang

hurmmm... kejadian berlaku petang jumaat lepas... pergh.. sejak 1st time pakai hp sampai la petang jumaat lepas x penah ilang henpon.. ni first time neh.. ralat ilang henpon x brapa sgt tp biler pk pasal gambar² anak² & video derang yg dah lama simpan ilang... huhuhuhu rase nak nanges.. kan apa.. pic and video dr baby sampai la ni.. hurmmm... well xde rezeki nak lama2 ngan si pinky nampaknyer...

yer mmg ade la niat nak intai cik 'i'.. tp baru niat je.. xkan la si pinky majukss kot.. kot ye pun nak melarikan diri, hint2 la dulu bleh la backup² mana2 yg patut... tpkan rasenye Allah dah kasik hint tp as manusia yg lalai, x bape amek berat... contoh hintnye:

sejak dia tige ari lepas asik teringat nak kunci drawer everytime gi meeting or kuar
beberapa minit sebelum kejadian, hati dah terdetik, kang tinggal plaks henpon ako neh.. tpnyeee x gak amek and pegang

so in the conclusion mmg dah ditakdirkan si pinky utk ilang...tpnye...hp ilang bleh ganti.. tp those memory yg tersimpan dlm si pinky mana nak carik ganti??? huhuhuhuhu

Wednesday, October 12, 2011

semangat yg hilang

hurmm... hari² ngantuk.. hari² malas.. hari² pun rase sgt lembap... adusss.. mana la booster neh... hari² pun tertanye-tanye bler la nak kurus neh.. miahahaha...

Wednesday, October 5, 2011

test

test...berjayakah???

kate emak...

hurmm.. setelah agak² setahun meninggalkan dunia blogger ni tetiba hari ni cam terasa nak menulis.. idea dtg masa tgh berwuduk kat toilet opis tadi... semuanye bermula masa nak carik parking kat pavillion tadik.. tgh² asik mendrive tetiba ternampak kete idaman di depan mate.. spotan nye terkeluar dr mulut "a'ah (bukan nama sebenar tp nama manje) ni la kete akak..." well kereta apa? apa lagi kete "A" yg sgt gagah dimataku.. huhuhu.. tp tah bile kurun masihi la ako nak dpt.. bile rase ni menjelma dlm diri pada ketika berwuduk td ako tetiba teringat akan kate mak... "tak salah pun berangan.. mak dulu pun berangan nak duk umah besar, naik kete besar" pastu mak kate lagi "bile dgr org gi jalan sampai ke china, mak kate dlm hati.. seronoknye la" and mak pun x penah termimpi nak dpt pegi negara org...

well sbb apa mak kate gitu? sbb kitorang bukannya tergolong dalam golongan berada dan bukan la dlm golongan yg susah.. hanye sederhana... abah dulu keje as tukang masa kat kem tentera (abah bukan askar hanye penjawat awam yg tolong masakkan utk askar) mak plaks surirumah sepenuh masa... tp mak & abah ada wat part time.. mengandam.. huhuhu..naseb baik la mak sgt kreatip and innovatif... tp walaupun kitorang x mewah ako still bersyukur and bangga ngan abah & mak sebab gigih berusaha membesarkan anak2 gadis mereka yg ber5 ni.. diorang sedaya upaya memberikan pendidikan yg terbaik utk kitorang.. alhamdulillah.. berkat susah payah mak abah... kitorang 5 beradek berjaya mencapai peringkat tertinggi yg kitorang termampu dalam pelajaran...

hurmmm... kerete pertama yg kitorang ada ialah kereta proton tiara... sgt² happy & takjub biler ada kereta.. sbb apa? sbb before this kitorang hanye menumpang pakcik / makcik yg ada kereta and kadang2 timbul perasaan segan.. xpun kitorang berderet-deret naik bas or teksi.. biler ako start bekerja... ako suh mak stop mengandam.. tp yg ako agak kesal sbb x mampu nak buatkan mak abah umah yg besar & bg kete yg besar.. sbb first tmpt ako bekerja di company yg pada mulanye sgt best tetiba ekonomi negara x stabil, maka company jugak jd x stabil seterusnye gaji jugak x stabil (alhamdulillah skrg tidak lagiii).. and ako jugak boros orgnya and at the same time tiara kesayangan sgt byk masalahnye and sgt high maintenancenye... ok enough pasal ni.. kite terus skip ke masa sekrg...

alhamdulillah skrg mak & abah dpt duk umah besar and dpt naek kete besar (well pada kami nissan grand livina tu dah cukup besar dah tu) and dah dpt gi jenjalan ke negara org (ako pun blum berpeluang keluar malaysia lagi..huhuhuhu)... berkat pengorbanan mak & abah, alhamdulillah kami adek bradek maseh sedar diri & masih igt jasa mak & abah.. harapnye berkekalan hingga ke akhir hayat kami...

jadinye mak kate " x salah kalau nak berangan, mana tahu angan² jadi kenyataan".. ye betul kate mak.. sbb dulu ako berangan nak dpt suami hensem.. alhamdulillah dpt.. miahahahaha... so skrg ako berangan nak dpt umah sebesar dunia (bak kate ikhwan) and dpt kete alphard... miahahaha..biar la org nak kate apa.. yg penting ako ikut kate mak...