Friday, November 12, 2004

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum

mmm... sempena menjelang bulan Syawal ni, ako nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca blog ni... (ada ke? kih...)

minggu ni merupakan minggu terakhir ako bekerja di syarikat ako sekarang... lepas raya ni ako akan ke tempat baru... and harapan ako agar ako dpt membuka lembaran baru dlm hidup ako... byk peristiwa suka dan duka yg berlaku.. ako harap selepas ramadan ini tamat, ako tak perlu lagi memikirkan segala masalah yg melanda ako selama ini... yg ako harapkan agar ada bahagia menanti ako di syawal yg mulia ini dan hari-hari seterusnya....

terlalu sukar kite nak menjangka apa yg akan berlaku pada esok hari dan di masa hadapan... org sebab itu ada org yg takut utk mengambil sebarang risiko dan ada jugak yg terlalu berani mengambil risiko.. ako? di mana ako berada? terlalu takut atau terlalu berani? mungkin yg boleh ako katekan... ako berada ditengah-tengah... ada perkara yg ako berani utk gamble.. tapi ada perkara yg ako takut utk mengambil sebarang risiko... nama pun manusia biasa.. takde yg sempurna....

sejak akhir2 ni.. ako rase malas utk mengambil tahu apa yg akan berlaku pada diriku di masa hadapan.. entahla... takde semangat... tapi bile memandang keluarga tercinta.. ako kuatkan hati... cuba hiburkan hati sendiri walau ada kalanya ako rase terpaksa dan terseksa... menyembunyikan perasaan sebenar amat sakit dan meletihkan sebenarnya... tapi demi utk tidak menyusahkan hati keluargaku.. ako menjadi insan yg boleh dikatakan hipokrit... berlagak seolah-olah tiada apa2 yg boleh mengusik hatiku... berlagak seolah-olah ako sedang mengalami keindahan musim percintaan... ahh..... macam mana agaknya penerimaan mereka bile 'waktu itu' tiba juga? hmmmmm.. ako harap mereka tabah dan kuat.... kerana ako tahu mereka pasti kecewa..... entahla.... semoga suatu hari akan ada sinar bahagia akan muncul....

anyway.. Selamat Hari Raya Aidilfitri and Maaf Zahir & Batin


No comments: