Thursday, December 16, 2004

Edisi Lawak: Menantu oh menantu

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul-betul 'menghabiskan borehhh...'

Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tengahari.
Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik.

Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja... melantak kuat pulak tu... Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat.. "Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat... "Boleh juga..." kata Samat tanpa mengesyaki sesuatu.

Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi... "Eh ko ni Samat... kuat betul makan laa... agak-agak laa..." katanya tersenyum.. "Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan.." fikirnya dalam hati... tapi tak apa... Mereka bermain set kedua... bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit... Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini...) kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji... Apa lagi.... "Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?" Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena....

Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat Mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum sampai seru... katanya laa...

Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk kebaikan

copy and paste dr email

Edisi Lawak: Suami Isteri Jgn Tak Bertegur Sapa

Terjadi satu hari sepasang suami isteri ni berselisih faham...dan tak bertegur sapa.. Si suami ni nak bangun pagi pada esoknya..tak tahu macam mana nak bagitahu isteri supaya kejutkan dia pada pagi esoknya.. Si suami ni dapat idea..lalu dia tulis satu nota

"KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK"

Esoknya si suami ni terlewat bangun... dia nak marah pun ada ... nak ketawa pun ada kat isterinya. Nak tahu kenapa?... si suami ni terjumpa nota

"BANG!! BANG!! BANGUN BANG! DAH PUKUL 6.30 PAGI


copy dr email kawan ako foward...

Wednesday, December 8, 2004

Everytime - Lyric

by Britney Spears

Notice me
Take my hand
Why are we Strangers
when Our love is strong
Why carry on without me?

Everytime I try to fly
I fall without my wings
I feel so small
I guess I need you baby
And everytime I see you in my dreams
I see your face, it's haunting me
I guess I need you baby

I make believe
That you are here
It's the only wayI see clear
What have I done
You seem to move on easy

And everytime I try to fly
I fall without my wings
I feel so small
I guess I need you baby
And everytime I see you in my dreams
I see your face, you're haunting me
I guess I need you baby

I may have made it rain
Please forgive me
My weakness caused you pain
And this song is my sorry

Ohhhh
At night I pray
That soon your face
Will fade away

And everytime I try to fly
I fall without my wings
I feel so small
I guess I need you baby
And everytime I see you in my dreams
I see your face, you're haunting me
I guess I need you baby

[ www.LyricsTop.com ]

Thursday, December 2, 2004

Terima Kasih....

Terima kasih kepada semua sahabat dan ahli keluarga kerana bersama-sama ako melalui saat2 ini.. ako benar2 rase terharu dan begitu menghargai segala sokongan dan nasihat drpd kamu semua... dgn adanya korang semua membuatkan ako terasa masih ramai yg menyanyangi dan mengambil berat tentang ako.. semangat yg ako ada sekarang sebahagiannya datang daripada nasihat dan sokongan korang semua.. tak tahu macam mana nak ako gambarkan betapa ako menghargai setiap kata-kata semangat yg korang ditiupkan kepada diri ako...

alhamdulillah.. mungkin berkat doa keluarga, rakan2 dan diri ako sendiri .. ako dpt meneruskan kehidupan dgn tenang.. alhamdulillah ako dapat menguruskan kerja ako dgn baik tanpa sedikit pun terpengaruh dgn kehidupan peribadi ako yg sudah hancur... insyaAllah ako dapat bersabar dan menerima segala-galanya dgn redha... kerana ako yakin setiap perbuatan kita akan ada balasannya.... tapi tipulah ako kalau ako katakan ako tak bersedih and sedikit pun tak teringat kenangan2 lalu... adakalanya bile kenangan tu dtg menerpa dlm fikiran ako, rasa sayu dihati... tambahan bile ako lalu kat tempat2 yg banyak menyimpan kenangan antara ako dan dia... rase sedih.. rase tak percaya yg dia sampai hati buat ako macam ni.. tapi, ako sedar walau ako menangis macam mana pun.. semuanya telah terjadi.. jodoh antara kami berdua terhenti setakat ini sahaja... dan ako harus hidup dgn gembira sebab takkan ako nak biarkan kesedihan menguasai diri ako sedangkan dia sedang gembira bergelak ketawa dlm hidup dia??? takkan ako nak biarkan diri ako terus mengingati org yg sudah melupakan kewujudan ako??? takkan ako nak memencilkan diri sedangkan dia sedang asyik bercampur gaul dgn kawan-kawannya??? tak.. ako tak mahu jadik insan yg lemah.. ako tak nak jadik org bodoh yg terus merindui org yg telah MENGKHIANATI cinta ako yg tulus ikhlas...

ako cuba untuk membenci.. menerbitkan rase marah dlm diri ako.. tapi 2 rase tu tak muncul... sebaliknya ako berharap agar Allah akan membalas setiap perbuatan dia kepada ako..salahkah ako kalau mengharapkan agar dia menyesal dan dihantui rase bersalah seumur hidup dia? salahkah ako kalau ako mengharap agar dia takkan menemui kebahagiaan dlm hidupnya?? salahkah ako kalau ako mengharapkan dia akan rase sunyi walaupun dikelilingi ramai org??? entah... yg pasti.. ako ingin hidup dgn tenang dan gembira...

ako amat berharap agar mak dan abah ako dapat menerima perkara ini dgn tenang.. ako tak mahu kesihatan dan emosi mereka terganggu.. dan kalau ada apa2 yg terjadi pada kedua ibu bapa ako disebabkan perkara ini, ako takkan memaafkan dia dan keluarganya seumur hidupku.. itu janji ako pada diri ako... salahkah ako berperasaan begitu? dalam dunia realiti ni, ada ke org yg dah dikecewakan tetapi mendoakan kebahagiaan org yg mengecewakan mereka? mungkin ada dan mungkin takde.. kalau ada, begitu luhurnya hati mereka.. dan hati ako tak seluhur itu... kerana sampai saat ini ako tak dapat nak melupakan dan memaafkan apa yg telah dia lakukan pada ako....

hmmm... lepas ni ako kena rancang dan atur semula kehidupan ako... banyak perancangan yg kena diubah... dan apa yg pasti ako mengharapkan sinar kebahagiaan akan diberikan pada ako dan keluargaku.... dan ako harap ketenangan yg ako perolehi sekarang akan terus menjadi milik ako... dan ako mengharap agar keluargaku juga tabah dan redha dgn takdir dan ketentuan ini... dan ako terus membilang hari menanti apa akan datang nanti.. ku nanti................... ako menanti..biarpun pahit dan manis datang padaku, ako redha........