Thursday, December 2, 2004

Terima Kasih....

Terima kasih kepada semua sahabat dan ahli keluarga kerana bersama-sama ako melalui saat2 ini.. ako benar2 rase terharu dan begitu menghargai segala sokongan dan nasihat drpd kamu semua... dgn adanya korang semua membuatkan ako terasa masih ramai yg menyanyangi dan mengambil berat tentang ako.. semangat yg ako ada sekarang sebahagiannya datang daripada nasihat dan sokongan korang semua.. tak tahu macam mana nak ako gambarkan betapa ako menghargai setiap kata-kata semangat yg korang ditiupkan kepada diri ako...

alhamdulillah.. mungkin berkat doa keluarga, rakan2 dan diri ako sendiri .. ako dpt meneruskan kehidupan dgn tenang.. alhamdulillah ako dapat menguruskan kerja ako dgn baik tanpa sedikit pun terpengaruh dgn kehidupan peribadi ako yg sudah hancur... insyaAllah ako dapat bersabar dan menerima segala-galanya dgn redha... kerana ako yakin setiap perbuatan kita akan ada balasannya.... tapi tipulah ako kalau ako katakan ako tak bersedih and sedikit pun tak teringat kenangan2 lalu... adakalanya bile kenangan tu dtg menerpa dlm fikiran ako, rasa sayu dihati... tambahan bile ako lalu kat tempat2 yg banyak menyimpan kenangan antara ako dan dia... rase sedih.. rase tak percaya yg dia sampai hati buat ako macam ni.. tapi, ako sedar walau ako menangis macam mana pun.. semuanya telah terjadi.. jodoh antara kami berdua terhenti setakat ini sahaja... dan ako harus hidup dgn gembira sebab takkan ako nak biarkan kesedihan menguasai diri ako sedangkan dia sedang gembira bergelak ketawa dlm hidup dia??? takkan ako nak biarkan diri ako terus mengingati org yg sudah melupakan kewujudan ako??? takkan ako nak memencilkan diri sedangkan dia sedang asyik bercampur gaul dgn kawan-kawannya??? tak.. ako tak mahu jadik insan yg lemah.. ako tak nak jadik org bodoh yg terus merindui org yg telah MENGKHIANATI cinta ako yg tulus ikhlas...

ako cuba untuk membenci.. menerbitkan rase marah dlm diri ako.. tapi 2 rase tu tak muncul... sebaliknya ako berharap agar Allah akan membalas setiap perbuatan dia kepada ako..salahkah ako kalau mengharapkan agar dia menyesal dan dihantui rase bersalah seumur hidup dia? salahkah ako kalau ako mengharap agar dia takkan menemui kebahagiaan dlm hidupnya?? salahkah ako kalau ako mengharapkan dia akan rase sunyi walaupun dikelilingi ramai org??? entah... yg pasti.. ako ingin hidup dgn tenang dan gembira...

ako amat berharap agar mak dan abah ako dapat menerima perkara ini dgn tenang.. ako tak mahu kesihatan dan emosi mereka terganggu.. dan kalau ada apa2 yg terjadi pada kedua ibu bapa ako disebabkan perkara ini, ako takkan memaafkan dia dan keluarganya seumur hidupku.. itu janji ako pada diri ako... salahkah ako berperasaan begitu? dalam dunia realiti ni, ada ke org yg dah dikecewakan tetapi mendoakan kebahagiaan org yg mengecewakan mereka? mungkin ada dan mungkin takde.. kalau ada, begitu luhurnya hati mereka.. dan hati ako tak seluhur itu... kerana sampai saat ini ako tak dapat nak melupakan dan memaafkan apa yg telah dia lakukan pada ako....

hmmm... lepas ni ako kena rancang dan atur semula kehidupan ako... banyak perancangan yg kena diubah... dan apa yg pasti ako mengharapkan sinar kebahagiaan akan diberikan pada ako dan keluargaku.... dan ako harap ketenangan yg ako perolehi sekarang akan terus menjadi milik ako... dan ako mengharap agar keluargaku juga tabah dan redha dgn takdir dan ketentuan ini... dan ako terus membilang hari menanti apa akan datang nanti.. ku nanti................... ako menanti..biarpun pahit dan manis datang padaku, ako redha........

No comments: