Friday, January 20, 2006

Sepanjang Percutianku 02

continue...

27 November 2005
hmm...hari ahad neh..hari paling debor utk ako and family... kih..yela sejak akak ako kawen dah hampir 9 tahun takde kenduri besar buat kat umah ako.. kenduri kecik2 tu biase la.. kih..hari baru ni..ako dah berstatus isteri org.. so..pepagi ako bgn solat subuh sumer.. kemas umah..semlm dah bersepah..vacum bilik... abah ngan mak lagik awal bgn.. kul 4 pagi dah bangun.. sian diorang.. yela, mlm tadi kul 2 lebih baru tido.. mak takleh tido.. risau katenya.. kih.. so diorang 2 org bgn awal coz abah nak masak nasik minyak seperiuk beso and buat kari daging lembu yg biberi pak anjang ako tuh... kononnya bak kate abah, utk tambah2 lauk catering kang and bg sedara mara bekal bawak balik... yg penting bile ako bgn jek... sumer dah settle.. nasik ngan lauk dah masak.. mak ngan abah ako mmg pantas wat kije masak2 neh.. kih.. yg penting air tgn derang mmg sedap.. kalo tak caya cuba tanye memana kengkawan or sedara mara ako yg pernah merasa masakan parent ako...




so sambil2 ako dok kemas umah and bilik, akak ako bz ngan anak2 dia.. pastu dah siap budak bertiga tuh, akak ako tolong makcik and sepupu ako potong buah-buahan utk rojak buah.. kuah rojak buah ni disponsor oleh mak bestfriend ako, Ida.. Ida tak dpt dtg coz dia dlm pantang.. kih.. rojak buah tu mmg sedap.. ramai org puji.. ooppss..lupa, parent ako pun wat bubur pulut itam utk tambah2 menu.. yela lepas makan nasik, org dok duduk saje, at least ada mende nak kunyah kan.. adik-beradik ako yg lain dok sibuk kemas sambil tuh cucuk bunga manggar...

malam tadi, sepupu2, adik beradik and makcik2 ako dah masukkan telur kat dlm bekas telur and bunga pahar.. bunga pahar ako wat sendirik.. telur bukan telur biasa.. tapi telur pindang.. sponsored by kak kumai - pangkat sepupu ngan ako... telur utk jemputan plaks sponsored by mak lang and family.. kih.. bekas telur ada separuh ako buat sendiri ada separuh ako beli.. ako suka la wat mende2 nih.. best... malam tadik jugak Syaz ngan Ayip (2 org sepupu laki ako, bujang lagi..)pegi cucuk sign ke umah ako.. sepupu laki and pakcik2 ako dok buat papan utk lekat penanda tu petang sabtu tuh.. kih...

so pagik tu sambil2 kemas, ako ngan Syaz sempat testing vcd player akak ako ngan speaker hi-fi utk utk pasang lagu bagi memeriahkan majlis.. kih.. testing2.. jadiks la plaks.. pastu microphone plaks takde.. yela, ako tak amek dj.. membazir la.. so..mike tu mana la tahu kot2 ada kehilangan anak ke leh la guna..wakaka.. nasib baik Syaz ada microphone.. so suh Awin bawak turun ke umah ako.. kire utk bahagian sound/audio/entertainment dah settle, ako sambung keje mengemas ako dgn secepat yg mungkin.. coz kang kalo Cik Ana datang and tgk ako lom mandi lagi bising mulut dia kang.. wakaka... oppss.. seblom lupa.. tema ako warna ijau & krim.. khemah ijau putih, pelamin ijau krim, bilik ijau krim, baju ako, baju adik-beradik and family ako sumer ijau la.. termasuk la pakcik makcik ako, nenek, wan and atuk and ade jugak tetamu yg pakai theme color ako.. tapi jgn salah sangka plaks.. ako tak paksa or suruh diorang pakai color tuh.. diorang dgn rela hati pakai.. maybe happy kot, sebab akhirnya ako menamatkan jugak zaman bujangku...



citer pasal gembira neh, tergambar perasaan gembira parent ako, sisters ako, sedara mara and esp yg ako terharu nampak gembiranya atuk, wan dan nenek ako.. sebab ako dah kawin.. before this diorang selalu bising2 suh ako kawen cepat, takut tak sempat tgk katenya.. there u go.. org dah tunaikan hasrat wan,atuk and nenek.. ok... :)...

so..tepat kul 10 Cik Ana dah sampai.. adeh..ako masa tu baru lepas mandi.. pergh..takde la bising sgt mulut dia.. kih.. so..ako pun disolekkan... wakakaka... siap punye siap (sampai tertido ako masa kene solek neh..)sambil diiringi oleh nyanyian karaoke bebudak kecik yg mendengar lagu Mawi dipasang.. sekali sekala terdengar sore atuk ako suh kecikkan skit volume radio.. wakaka... so.. by the time ako siap, tetamu dah ramai yg sampai.. alhamdulillah ramai sgt... tq kepada yg hadir..

nak citer pasal kasut ako masa sanding nih.. Cik Ana takde sediakan kasut pengantin..so terpaksa la ako merayau carik kasut warna ijau lumut utk dipadankan dgn baju ako... sekali jumpa la kat jusco maluri.. kat Vincci.. rega dia RM90 (membazir..tapi sekali seumur idop kan)..tapi ako bukan nak citer pasal rega.. ako nak citer pasal ketinggian tumit dia.. ya Allah.. mmg tinggi..ako rase 3 inci setengah kot.. first time ako pakai kasut setinggi itu..kih.. nak lawa punye pasal.. ni la org kate kecantikan melalui penderitaan...

ikut plan ako akan sanding kul 1pm.. mmg nak wat before zohor coz takut kalo lambat, tetamu lama sgt tunggu and takut ujan.. tp alhamdulillah hari cerah dr sabtu pagi sampai la majlis berakhir dlm kul 4pm kot baru ujan... agaknya menjadi petua campak baju pengantin atas atap umah sehari seblom majlis.. kih... berbalik pada acara sanding, tak dpt jugak ikut plan, bukan sebab pengantin lelaki lambat (mostly plan tak ikut coz pengantin lelaki lambat sampai) tapi sebab kompang ni dah tersalah info.. diorang igt kul 1.30pm.. kesian hubby ako, lama tunggu.. dah la panas.. ako pun hangat jek.. wakaka.. kul 1.30pm kompang sampai jek terus on..



cam malam tadik gak.. lepas sesi renjis2 dipilis, makan beradap la plaks.. saat yg ku idamkan coz dr masa kene solek td perut ako yg warkah berlagu pilu..aahaks.. masa org dok merenjis hati ako berkata-kata, copek la... dah lapar neh... oohh.yee.. pengapit ako Nor, sepupu ako.. sebaya ngan ako.. dia nak kawen 5/2/06 neh.. pengapit hubby ako, adik ipar ako, Alang.. lupa lak nak cakap, hubby ako ensem sgt.. kih.. and menurut laporan diterima, ako pun lawa gak.. wakaka

lepas makan sesi bergambar.. pergh.. dah pose sana sini.. sesi kenalkan suami ako ngan sedara mara ako.. kih.. lepas tu plaks sesi menghantar tetamu balik then sesi mengemas.. sesi yg paling last tu la sesi paling letih.. kitorang sefamily mmg dah letih sgt dah.. abah kate biorlah dulu..esok br kemas.. kih.. senyum lebar la kitorang.. pak lang and family paling last balik.. kih... tunggu tunang nor dtg jemput, coz kete pak lang accident.. hmm..



malam tu lepas mandi-manda.. sumer ingat nak tido la.. sekali pak ngah sefamily lak dtg umah ako.. Awin nak nengok pengantin buka hadiah.. kih.. ako dpt hadiah banyak..tq pada yg memberi tu eekk.. so... ako ngan hubby pun buka la hadiah.. mula2 sumer excited..dah lama2 sumer muka dah layu dah... kih.. hadiah yg last sekali, sumer muka lega.. kih... after pak ngah and family balik, kitorang pun masuk tido.. bermula la tugas ako sbg seorang isteri malam tuh.. wakaka.. citer censored.. tuttt...tuttt...kih

oklah..kire abeh la citer pasal hari perkahwinan ako.. ako nak ucapkan banyak2 time kasih kepada sumer yg menjayakan majlis ako 26 & 27 November 2005.. jasa kamu semua amatlah ako kenang.. kih... kire2 ala2 wedding of the year la neh.. wakaka...



utk citer majlis bertandang, honeymoon etc... vol 03 la plaks eekk...

Thursday, January 19, 2006

Bila rumahtangga sentiasa manis

Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga. Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya. Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif. Bagi mengekalkan kemanisan tersebut, anda boleh cuba mengamalkan sepuluh tips berikut:

1. Ciuman - Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.

2. Cincin/gelang/rantai etc perkahwinan - Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.

3. Makan malam atau bercuti - Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.

4. Perubahan - Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.

5. Adab - Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.

6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa - Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.

7. Hadiah - Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, valentine, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.

8. Senyum - Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.

9. Sentuhan - Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.

10. Impian - Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.

Anda pasti ingin dihargai dan menghargai. Selamat mencuba tips-tips ini, semoga anda akan beroleh kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga anda. Selamat mencuba!!

Ni ako dpt dr email yg Nor (sepupu ako) kasik.. copy paste jela nih...

My Destiny



Artist: Christina Aguilera

What if I never knew
What if I never found you
I'd never had this feeling
In my heart

How did this come to be
I don't know how you found me
But from the moment I saw you
Deep inside my heart
I knew

Baby, you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and hold
And as far as I can see
You were always meant to be
My destiny

I wanted someone like you
Someone that I could hold onto
And give my love
Until the end of time

But forever was just a word
Something I'd only heard about
But now you're always there for me
When you say forever
I'll believe

Baby, you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and hold
And as far as I can see
You were always meant to be
My destiny

Maybe all we need
Is just a little faith.
Cause baby, i believe
That love will find a way.
hey..

Oh baby, you're my destiny
You and I were meant to be
I give my love to have and hold
And as far as I can see
You were always meant to be
My destiny

Source: http://www.sing365.com



Lagu ni ako suka sgt.. Sejak dgr Marsha AF nyanyi... pastu time2 nak kawen selalu dgr lagu nih.. and ako plan lagu ni la yg akan dipasang masa malam berinai besar tuh... kih... btw.. ako dedicated lagu ni utk my dearest hubby ... love u soooo much.... u really are my destiny... muahsss....

Sepanjang Percutianku 01...

well.. lama sungguh ako tak update blog neh.. almaklumlah cuti panjang... jadik full time suri rumah.. kih... hmm.. ako nak citer pasal hari² yg peting sepanjang tempoh percutian ako.. tp kene buat by version la eekk... kalo nak citer sekali sumer... lotih lak aii tgn acik nak menaip..
start dgn...

25 November 2005
Time ni hari jemaat neh... pakcik makcik ako dah sampai kat umah ako dah.. mostly sampai malam lerr.....yela..jemaat tu kan kije... so diorang gerak after opis hour lerr.. hari jumaat ni jugak final day utk ako kije keras before majlis kawen ako.. kih.. hari ni kitorang tak prepare apa2 sgt lagiks.. coz hari sabtu baru nak rebus telur, lapah lembu etc la... so jumaat ni just buat kuih mueh utk breakfast esok and kupas2 bawang and segala macam mende utk masak lauk hari sabtu nanti... alhamdulillah pak anjang ako sedekah lembu sekor.. so lembu ni akan dimasak jd lauk utk sabtu malam and utk tambah2 lauk catering hari ahad nanti...

lepas settle sumer kije... lepas solat isyak, ako pun dipakaikan inai oleh mak teh and mak ngah sambil diperati and dikaco oleh sepupu², adek bradek n anak buah ako... kih... pakai kat jari tgn ok lagik..sekali bile kat kaki dah pakai..adeh..seksanya..takleh nak gerak.. wakaka... dok la ako diam2 sambil bersandar kat almari solek mak ako yg terpaksa diletakkan kat luar bilik adik ako memandangkan bilik parent ako telah diambil alih oleh ako dan barang2 ku... kih... bilik lama ako kecik, so tak muat nak letak lemari baju and meje solek mak ako.. kih... masa ni sepupu² and anak buah ako yg kecik2 (termasuk syaz sepupu ako yg dah tua..wakaka) tu punye la concern ngan ako neh... ako minta air..belari diorang amek air.. minta je itu ini cepat jek sampai...kih... pastu tunang ako (masa tulah.. skrg dah jadik hubby) tepon.. ghupanye dia pun tgh pake inai.. tapi dia tak sekritikal ako coz dia pakai 3 jari jek... kih...

cukup 3 jam ako dgn rase tak sabarnya terus basuh inai2 dijariku..sebab dah ngantuk seh... malas nak bwak tido.. kang sememeh sumer.. kih.. ako kene la tido awal coz takut nanti wajah ku layu and tak berseri plaks.. wakaka..lagipun jadual ako hari sabtu nanti pack sgt..dari pagi sampai la petang... kih... jom tido...


26 November 2005
ehhmmm.. bgn jek pagi solat subuh sumer... kemas2 apa yg patut..gosok baju and tudung yg akan dipake utk hari ni.. masa ni takde debor lagik... cool lagiks.. kul 10am.. cik ana merangkap mak andam ako dah bising2 suh ako mandi cepat coz nak make up and salin2 baju.. adeh..ikut plan ako sebenarnya ako maleh nak salin2 baju and berinai besar sabtu malam... ako ingat nak sanding ahad jek... sekali mengikutkan kehendak parent ako... akur jelah.. kih... so.. mula2 pakai baju jawa, then tukor pakai puteri perak, pastu cheongsam, pastu baju punjabi (hindustan la plaks) then last sekali gaun.. pergh.. abih salin2 sumer kul 2 camtu... panas and rimas betul ako rase... kih.. then ako cuci make up yg merimaskan tu, mandi and solat zohor.. siap2.. dah kul 3 lebih.. kene makeup lagik sekali.. utk nikah plaks.. gi masjid before asar.. coz ako nikah lepas asar... kire nak solat asar berjemaah kat masjid ler.. ako nikah kat masjid al-imam ash-shafie, taman maluri...

bile dah siap ni.. kul 4 lebih dah neh.. dok tunggu rombongan bakal hubby ako coz nak gerak sesama gi masjid... diorang terlambat skit sebb jln jammed coz ada paip air pecah pulaks.. kih.. then diorang sampai je terus gerak ke masjid and rombongan ni diketuai oleh Awin (sepupu ako, anak mak ngah)... kih.. coz dia tahu jalan short cut yg tak jammed.. sebab mrr2 time tu jammed giler... kitorang sampai tepat2 azan asar tgh berkumandang.. so.. lepas solat berjemaah...majlis akad nikah pun bermula.. masa kadi tanye ako izinkan ke idak abah jadik wali, barulah ako start rase berdebor... (even time ako taip ni pun terasa debarnya... kih).. then kadi tu baca khutbah dulu.. pastu majlis akad nikah pun berlangsung.. abah jadik wali... syukur alhamdulillah.. dgn sekali lafaz, ako dan Syamsul Hazry sah menjadi pasangan suami isteri.. perasaan ako masa tu gembire ada, hiba ada...perasaan ni hanya org yg melaluinya je yg akan paham.. masa tu ako terus pandang muka suami ako, terdetik dlm hati.. "alhamdulillah.. Ya Allah, KAU kurniakan aku dgn seribu kemanisan setelah kau uji aku dgn kepayahan dan keperitan..." masa tu mmg ako rase bersyukur sgt2.. terasa inilah hikmah di sebalik semua yg berlaku....

selesai akad nikah, acara batal air semayang plaks.. suami ako hadiahkan ako gelang tangan and parent ako hadiahkan suami ako cincin.. ako? ako hadiahkan jiwa dan kasih sayang ako setulusnya buat suamiku tersayang... after sesi bergambor kat masjid, rombongan pihak lelaki and pompuan pun balik ke umah ako utk minum petang... then lepas minum, suami ako and rombongannya balik ke umah pak lang dia kat ampang utk rehat and after isyak dtg ke umah ako balik utk majlis berinai besar....

before majlis berinai ni, kitorang adakan tahlil skit utk arwah abg ipar ako... then lepas selesai tahlil, barulah ako ngan hubby ako sanding atas pelamin.. kih.. pakai baju warna biru... yg bestnya before majlis ni.. ako dah plan.. disebabkan malam ni takde kompang, maka Syaz (sepupu ako) ditugaskan utk mainkan lagu kompang and beberapa lagu yg dah ako pilih utk menjadikan malam tu seromantis yg mungkin..kih.. ako siap download lagik full album lagu2 pengantin.. sekalik.. si Syaz menghilang tah kemana dgn segala radio and speaker pun takde.. ceehh... dia janji nak pinjam kat member dia..sekalik.. habuk pun tarak.. angin je ako.. tapi menten lagik.. kih..maka majlis yg sepatutnya romantis jadik sunyi dan hanya dimeriahkan dgn sore2 tetamu... kih...

lepas merenjis-renjis dipilis.. kih.. tetamu and pengantin pun makan.. menu malam tu, sup tulang and gulai daging lembu yg fresh... coz pagi tadi sedara mara and jiran tetangga ako dah berhempas pulas melapah daging lembu pemberian pak anjang ako... kih.. and malam ni terasa betapa rajinnya sepupu2 lelaki ku.. mengemas meja dan membasuh pinggan... pastu dgn senang hati mintak upah kat ako.. kih.. takpe.. ni time ako..time korang nanti raselah... oleh sebab ako ni baik hati and pemurah maka upah tu ako janji nak kasik esok after everything selesai.. wakaka...
malam ni ramai gak tetamu yg dtg selain dpd sedara mara ako.. kengkawan mana yg tak dpt datang esok, diorang datang ini malam.. tq la kepada semua yg hadir malam ni...

utk majlis bersanding and cerita seterusnya.. sila tunggu versi ke-2... to be continue....