Saturday, January 29, 2005

Andai itu takdirNya..

hmmm.. benar la jika Allah S.W.T itu menggerakkan hati kita utk melakukkan sesuatu atau pergi ke mana-mana.. mungkin ada sesuatu yg ingin Dia tunjukkan.. itulah yg berlaku pada ako.. kih.. mungkin Allah S.W.T telah memakbulkan doa ako.. mohon diberi petunjuk dan kebenaran.. akhirnya sesuatu yg telah lama ako hajati, ako rasakan, ako harapkan berlaku dgn izin dariNya.. siapa sangka dlm byk2 tempat Allah menggerakkan hati ako utk ke sana.. dan siapa sangka hati ako digerakkan utk berhenti ditempat yg sebelum ini ako jarang singgah.. berapa banyak kereta kat malaysia ni, akhirnya kereta itu yg ako lihat.. dan seramai-ramai insan di muka bumi ini, ditakdirkan ako bertemu dgnnya... segalanya terbentang didepan mata... ako akui sedikit sebanyak mmg mengguris hati (tambahan pula teringat ajakan ako yg ditolak dgn alasan baru beberapa hari berjumpa..tak elok..bla..bla.. rupa-rupanya dah ada janji...).. tapi ako cuba tabahkan hati.. ako cuba memikirkan hikmah disebalik yg terjadi... iyer.. mungkin ini petunjuk dr Allah S.W.T supaya ako menerima apa yg didatangkan olehNya kepadaku dgn hati yg terbuka, ikhlas dan rela.. walaupun tak sehebat apa yg pernah dipinjamkan olehNya pada ako, tapi cukuplah... cukup kerana apa yg didatangkan pada ako ini mungkin yg terbaik dariNya.. cuma sebelum ini hati dan mata ako masih dikaburi sesuatu yg sememangnya berkilau tetapi kilauan itu telah membutakan hati ako dan melukakan hatiku...

Akhirnya doa ako supaya ditunjukkan yg mana perlu ako simpan dlm hati dan yg mana satu yg perlu ako setia telah Allah S.W.T tunjukkan.. akhirnya terbukti yg sememangnya ako perlu teruskan hidup dgn gembira dan tak perlu memikirkan atau rase bersalah pada seseorg jika ako cuba menerima sesuatu yg baru dlm hidup ako... terbukti dia sememangnya lebih gembira tanpa ako di sisi.. dan demi Allah dr kejauhan dan dlm rintik-rintik hujan ako doakan kebahagiaannya... cukuplah.. akhirnya ako pasti yg dia akan menemui bahagia dan dgn itu walaupun pedih ako akan tinggalkan segalanya dan berharap agar bahagia itu sentiasa menjadi miliknya.. insyaAllah.. selama ini instinct ako ttg dia blom ada lagi yg tersasar... walaupun cuba dinafikan akhirnya apa yg ako rasa sememangnya betul.. kih.. ajaibkan? mungkin benar kate org kalau kite benar2 cinta apa yg kite rasa mungkin itulah yg sebenarnya.. mmm.. apa2 pun... ako dpt menerima walaupun ako akui ada rase sedih dan kecewa... tapi inilah hakikatnya tak semua yg kite inginkan akan jadi kenyataan... hidup kite penuh dgn dugaan tapi ako yakin bile hikmah disebalik dugaan itu dpt kite lihat pasti kite merasa manisnya.. dan ako tak sabar nak merasakan kemanisan itu...

p/s: buat seseorang yg tahu siapa dirinya itu, tak perlu awak pikirkan sebarang alasan.. cukup2la diri ini didustai cubalah berterus-terang dan berkata benar dgn diri ni.. kerana sepandai-pandai kau bermain kata akhirnya ako akan ketahui kebenarnya jua.................. semoga bahagia dan ako tahu kau sedang bahagia.. dan ako masih lagi mencari kebahagiaan itu dan semoga bahagia akan menjadi milikku yg abadi buat kali ini........

No comments: