Friday, December 16, 2011

Bapa sebagai ketua keluarga

Bapa sebagai ketua keluarga; Hubungannya dengan realiti pekerjaan masa kini;

Oleh: Prof. Madya Dr. Zulkiple Abd. Ghani (UKM)  - (Majalah Sinar Rohani, Oktober 2003)

“Pemberian nafkah oleh suami kepada keluarga merupakan satu tanggungjawab yang mesti ditunaikan. Nafkah tersebut

merangkumi perbelanjaan makan minum, tempat tinggal, keselamatan dan perlindungan. Walaupun ia merupakan satu tanggungjawab, pemberian nafkah juga boleh diibaratkan sebagai sedekah kepada keluarga.” Konsep ini dibentuk berasaskan kepada hujah dari ayat-ayat al-Quran l-Sunnah yang berkaitan. Antaranya yang terpenting ialah ayat yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”. (an-Nisa’: 34). Begitu juga dengan satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa’i yang bermaksud: “Ya Rasulullah,pakah hak isteri ke atas kami? Sabda Rasulullah s.a.w. hendaklah engkau emberi makan kepadanya apabila engkau makan dan hendaklah memberi akaian   kepadanya seperti mana engkau berpakaian”. Hujah-hujah ini telah

menjadi panduan umum kepada umat Islam di seluruh dunia tentang kewajipan

yang diamanahkan kepada kaum lelaki iaitu dalam konteks pemberian nafkah

keluarga.

Nafkah yang

dimaksudkan dalam Islam adalah lebih luas pengertiannya berbanding dengan

istilah pekerjaan. Para ulama Islam selalu menyebut nafkah dengan merujuk

kepada nafkah zahir dan nafkah batin. Nafkah zahir merujuk kepada

menyediakan keperluan asas kehidupan meliputi makan minum, pakaian, tempat

tinggal dan juga memberi perlindungan dan keselamatan. Misalnya Allah

menegaskan kewajipan nafkah berkaitan makan minum, tempat kediaman dan

pakaian seperti berikut:

“Dan kewajipan ayah (suami) memberi makan minum dan pakaian kepada

para ibu dengan cara yang sepatutnya” (al-Baqarah : 233)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Suami adalah penjaga

(pemimpin) terhadap kaum keluarga dan ia dipertanggungjawabkan terhadap

orang-orang di bawah jagaannya dan isteri adalah penjaga (pemimpin) di dalam

rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan dipertanggungjawabkan

terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya” (al-Bukhari).

‘Perlindungan dan keselamatan’ pula merupakan nafkah yang terikat

dengan factor biologi di mana wanita yang tiada tempat pergantungan kepada

lelaki akan menghadapi saat kehidupan yang ada kalanya tiada ketenangan

terutama dalam memenuhi keperluan keinsafan. Jika wanita bersuami, ia

mungkin bergantung pada bapa, anak atau adik lelaki terutamanya ketika

berhadapan dengan saat-saat kecemasan.

Nafkah batin pula termasuk keperluan memenuhi nafsu seks untuk tujuan

menjamin kesinambungan zuriat dan aspek psikologi yang disebut dengan istilah

mawaddah wa rahmah yang bernatijahkan sebuah keluarga yang bahagia

menurut kacamata Islam. Ia boleh dicapai melalui pergaulan yang baik antara

suami dan isteri dan ahli keluarga yang lain.

www.islam.gov.my/.../

Hadith:

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia (iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.

Huraian Hadith:

1. Dalam institusi perkahwinan Allah S.W.T telah mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada suami dan isteri.

2. Pemberian nafkah oleh suami terhadap keluarga merupakan satu amanah yang mesti ditunaikan di mana nafkah tersebut merangkumi perbelanjaan makan minum, tempat tinggal, keselamatan dan perlindungan.

3. Pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seseorang.

4. Kaum wanita tidak diwajibkan bekerja mencari nafkah. namun Islam membenarkan mereka keluar bekerja demi membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh suami. Sumbangan isteri ini merupakan satu sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.

No comments: